MOHAMAD HAJI DAUD mempunyai kelulusan akademik seperti Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) (London), Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) (UiTM), Diploma Sains Kepolisan Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Diploma Human Resourse Management (Preston, England), Sijil “Forensic Medicine” ( New York), “High School Certificate’, “Malaysian Certificate Of Education’ (MCE), Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Tanjung Malim, Perak.
Selain itu beliau juga mempunyai pengalaman tugas yang luas. Antara pengalamannya ialah :- Menjalankan tugas penyiasatan Jenayah di Melaka Tengah, Melaka pada 1972.
Menjalankan tugas pendakwaan di Mahkamah Seksyen Seremban dan memegang jawatan sebagai Pegawai Penjaga Mahkamah-Mahkamah Negeri Sembilan, 1980. Di sana beliau menjalankan pendakwaan kes-kes besar di hadapan Hakim Christopher Fernando, kini seorang peguambela dan peguamcara terkenal dan Hakm Datuk Augustine Paul, kini Hakim Mahkamah Rayuan.
Pensyarah Undang-Undang di Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Kubu Bharu, Selangor, 1982.
Menjalankan tugas Pegawai Penyiasat di Cawangan Jenayah Antarabangsa (INTERPOL) di Bukit Aman, 1987.
Menjalankan tugas Penyiasat Narkotik di Bukit Aman, 1988.
Pensyarah Kanan Undang-Undang dan Ketua Pusat Pengajian Perundangan di Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Kubu Bharu, Selangor, 1989—1998.
Melatih pegawai-pegawai polis yang berpangkat Inspektor dan Penolong Penguasa Polis dalam bidang undang-undang di peringkat asas, pertengahan dan tinggi, 1982—1998.
Dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Penolong Pengarah Operasi di Unit Pengurusan Krisis dan Bencana, Bahagian Keselamatan Negara, 1998.
Bertugas sebagai jurucakap kepada PDRM cum Penguasa Perhubungan Awam, Bukit Aman, 2004.
Disamping itu, beliau juga memberi bantuan kepada agensi-agensi lain seperti melatih pegawai- pegawai penguatkuasa daripada lebih 60 Agensi/ Jabatan Kerajaan di dalam bidang penyiasatan, pendakwaan dan undang-undang dan tatacara mahkamah, 1982—1998. Beliau juga melatih pegawai-pegawai kerajaan yang mengikuti kursus undang-undang dan tatacara mahkamah di semua Kampus INTAN di seluruh Negara, 1982—1990. Selain itu beliau juga memberi input mengenai proses undang-undang kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang mengikuti Kursus Diploma Pentadbiran Awam anjuran INTAN, 1982– 1998.
Beliau mempunyai pengalaman mengajar di dalam bidang-bidang tersebut sejak tahun 1981. Beliau telah melatih pegawai-pegawai penguatkuasa dari Jabatan Agama Islam Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Badan-Badan Swasta, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom,dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).