Pro Mind Solutions (PMS) telah ditubuhkan pada 10 Mac 2005. ‘Pro Mind’ adalah singkatan kepada ‘Professional Mind’. Sesuai dengan nama ‘Pro Mind’, PMS diterajui dan didokong oleh tenaga kerja yang profesional dan mempunyai minda yang perkasa yang seterusnya da- pat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan.
PMS amat mementingkan kepuasan pelanggan dalam perkhidmatan yang diberikan sesuai dengan piagam pelanggan syarikat. Program-program yang ditawarkan dirangka mengikut kesesuaian dan perkembangan terkini. PMS juga akan mengubahsuai dan mengolah program- program sedia ada mengikut kehendak dan keperluan pelanggan. Ini adalah komitmen kami terhadap pelanggan.
Program-program yang sentiasa mendapat sambutan daripada pelanggan adalah program Motivasi seperti ‘Team Building’, Sikap Kerja Positif, Gelagat Penyelia Cemerlang, Budaya Kerja Cemerlang dan sebagainya. Selain itu, PMS juga menawarkan program-program Pengurusan, Kualiti & Produktiviti, Kesihatan & Keselamatan, Alam Sekitar, Penyeliaan, Pembangunan Personal dan Teknikal.
PMS juga didokong oleh para konsultan dan pengajar yang mempunyai kelulusan akademik, kepakaran, pengalaman yang ‘hands-on’ dan kemahiran yang praktikal daripada skop industri yang pelbagai mengikut program yang diajar
Hasil gabungan program-program yang berkualiti dengan konsultan dan tenaga pengajar yang profesional ini diharap dapat memberikan sumbangan ke arah Pembangunan Modal Insan yang dapat meningkatkan motivasi, mutu pengurusan dan pentadbiran, pembangunan personal, kemahiran teknikal, dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti sama ada sektor swasta mahupun sektor awam